Friday, 27 January 2012

Panduan Membeli Belah Secara Online

Ramai antara kita sekarang lebih suka membeli Online kerana ia lebih mudah dan cepat dan tidak membuat masa untuk ke kedai. Tapi tahukah kita resiko kita akan ditipu, Ini ada beberapa petua untuk mengelakkan kita dari ditipu semasa membeli secara Online:

  1. Pastikan komputer anda mempunyai perisian antivirus yang baik serta perlindungan antispyware serta firewall kerana ia akan dapat mengesan laman web yang benar atau tipu
  2. Sentiasa menaip URL secara manual dan beli melalui pembekal ynag mempunyai reputasi yang baik, jika rasa was-was baik jangan beli.
  3. Cari https di URL dan bukan http:/ apabila log masuk dan berhati-hati apabila muncul amaran ketika membuat pembelian.
  4. Baca syarat-syarat dahulu sebelum klik ok untuk membeli. pastikan icon mangga dikunci muncul.
  5. Klik icon mangga di sudut bawah pekayar web terlebih dahulu dah sahkan sijil maklumat kerana laman web yang sah pasti mempunyai sijil yang sah.

Itulah sedikit sebanyak tip-tip berguna untuk dijadikan rujukan semua, hati-hati jangan sampai terhantuk baru tergadah.

No comments:

Post a Comment