Saturday, 7 January 2012

KEHIDUPAN IBARAT PERANTAUAN






Hidup sentiasa mengalami revolusi kerana dari setitis air mani, kita menjadi segumpal darah dan secebis tulang lantas ditiupkan roh. Itu baru di alam rahim dan apabila keluar ke dunia ini revolusi masih berlaku dalam diri setiap insan bergelar manusia, dari bayi kita membesar menjadi kanak-kanak, lalu dewasa serta diikuti alam persekolahan dan alam remaja. selepas itu kita masuk pula alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan usia tua dan peringkat terakhir dalam hidup ini ialah kematian. kematian bukan bererti berakhir perubahan terhadap manusia.
Selepas mati kita akan dihisap atas apa yang kita perbuat atas dunia ini. Begitulah perubahan yang berlaku dalam hidup ini. Bagi saya konsep tersebut boleh diibaratkan perantauan manusia.

        Islam juga amat menggalakkan umatnya melakukan penghijrahan dalam hidup sebagaimana junjungan mulia Nabi Muhammad S.W.T yang melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah kerana mendapat wahyu dari Allah bagi menegakkan agama yang benar lagi mulia dan benar iaitu agama islam.
Apa yang ignin saya sampaikan di sini adalah perantauan merupakan salah satu dari konsep penghijrahan dan islam amat menggalakkan umatnya melakukan perantauan dalam hidup bagi melakukan perubahan hidup kearah kebaikan

No comments:

Post a Comment