Remaja
merupakan alam yang paling indah dipenuhi dengan warna-warna keserian, di usia
ini merupakan kemuncak kedewasaan, ramai insan yang tewas tika waktu ini, indah
alam tidak terkata . aku juga seorang remaja kenal dan rasa apa itu perasaan
remaja hanya tahu ingin memberontak tanpa usul periksa dan sikap yang penuh
agresif tapi jika tidak dikawal ia boleh membawa musibah, di alam ini tentu
remaja ini menyayangi dan disayangi atau dikenali cinta.
Cinta
adalah sesuatu yang indah tidak dinafikan jika ramai yang terkorban kerana
cinta, rosak imannya dinodai cinta. Apa yang ingin aku perkatakan adalah pabila
cinta yang diungkapkan tidak diterima oleh seseorang pasti tercalar seribu
calar di hati seseorang itu, itu pasti akan berlaku dalam hidup seorang insan
bergelar manusia. Dalam hidup ini kita tidak selalu dapat apa yang diinginkan
jangan sesal takdir diri sebaliknya selami lah diri tengok apa yang kurang
dalam diri kita dan cuba perbetulkan apa yang kurang, jika tidak dapat dibetulkan cubalah terima
ianya seadanya,
Cinta
sememangnya indah, memang itu adalah sebetulnya dan ia tidak dinafikan lagi. Naluri
manusia tidak lepas dari ingin menyayangi. Tapi seperti yang dinyatakan di atas
amat pedih perasaan bila cinta yang dilafazkan tidak ditolak malahan juga tidak
diterima. Ini umpama bagai gantung tidak bertali kerana tidak ada sebarang kata
putus, ini bagi aku lebih menyakitkan dari cinta yang ditolak kerana bila cinta
itu ditolak kita tidak ada sebarang harapan langsung pada nya, tapi jika
digantung sebegitu kita mungkin ada secebis harapan untuk dia menerimanya.
Tapi
sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini kita harus tabah menghadapi semua
itu kerana kita diberi dugaan semata-mata ingin menguji ketabahan hati dan iman
yang teguh. Tapi seandainya dugaan sebegini sudah membuat kita goyah dapatkah
kita menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah????
No comments:
Post a Comment