Thursday, 9 August 2012

Thursday, 1 March 2012

CINTA DI ALAM REMAJA


                Remaja merupakan alam yang paling indah dipenuhi dengan warna-warna keserian, di usia ini merupakan kemuncak kedewasaan, ramai insan yang tewas tika waktu ini, indah alam tidak terkata . aku juga seorang remaja kenal dan rasa apa itu perasaan remaja hanya tahu ingin memberontak tanpa usul periksa dan sikap yang penuh agresif tapi jika tidak dikawal ia boleh membawa musibah, di alam ini tentu remaja ini menyayangi dan disayangi atau dikenali cinta.
                Cinta adalah sesuatu yang indah tidak dinafikan jika ramai yang terkorban kerana cinta, rosak imannya dinodai cinta. Apa yang ingin aku perkatakan adalah pabila cinta yang diungkapkan tidak diterima oleh seseorang pasti tercalar seribu calar di hati seseorang itu, itu pasti akan berlaku dalam hidup seorang insan bergelar manusia. Dalam hidup ini kita tidak selalu dapat apa yang diinginkan jangan sesal takdir diri sebaliknya selami lah diri tengok apa yang kurang dalam diri kita dan cuba perbetulkan apa yang kurang,  jika tidak dapat dibetulkan cubalah terima ianya seadanya,
                Cinta sememangnya indah, memang itu adalah sebetulnya dan ia tidak dinafikan lagi. Naluri manusia tidak lepas dari ingin menyayangi. Tapi seperti yang dinyatakan di atas amat pedih perasaan bila cinta yang dilafazkan tidak ditolak malahan juga tidak diterima. Ini umpama bagai gantung tidak bertali kerana tidak ada sebarang kata putus, ini bagi aku lebih menyakitkan dari cinta yang ditolak kerana bila cinta itu ditolak kita tidak ada sebarang harapan langsung pada nya, tapi jika digantung sebegitu kita mungkin ada secebis harapan untuk dia menerimanya.
                Tapi sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini kita harus tabah menghadapi semua itu kerana kita diberi dugaan semata-mata ingin menguji ketabahan hati dan iman yang teguh. Tapi seandainya dugaan sebegini sudah membuat kita goyah dapatkah kita menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah????

Friday, 27 January 2012

Panduan Membeli Belah Secara Online

Ramai antara kita sekarang lebih suka membeli Online kerana ia lebih mudah dan cepat dan tidak membuat masa untuk ke kedai. Tapi tahukah kita resiko kita akan ditipu, Ini ada beberapa petua untuk mengelakkan kita dari ditipu semasa membeli secara Online:

  1. Pastikan komputer anda mempunyai perisian antivirus yang baik serta perlindungan antispyware serta firewall kerana ia akan dapat mengesan laman web yang benar atau tipu
  2. Sentiasa menaip URL secara manual dan beli melalui pembekal ynag mempunyai reputasi yang baik, jika rasa was-was baik jangan beli.
  3. Cari https di URL dan bukan http:/ apabila log masuk dan berhati-hati apabila muncul amaran ketika membuat pembelian.
  4. Baca syarat-syarat dahulu sebelum klik ok untuk membeli. pastikan icon mangga dikunci muncul.
  5. Klik icon mangga di sudut bawah pekayar web terlebih dahulu dah sahkan sijil maklumat kerana laman web yang sah pasti mempunyai sijil yang sah.

Itulah sedikit sebanyak tip-tip berguna untuk dijadikan rujukan semua, hati-hati jangan sampai terhantuk baru tergadah.

Thursday, 12 January 2012

HIDUP IBARAT PERANTAU

Hidup sentiasa mengalami perubahan  revolusi, bermula dari kita kanak-kanak hingga dewasa, alam perkerjaan, perkahwinan, meningkat usia tua, dan berakhirnya penghidupan bagi seorang manusia iaitu kematian. Bagi saya itulah salah satu dari istilah perantauan, kerana ada sahaja perubahan berlaku dalam hidup kita. Perantuan juga penting bagi meningkatkan perubahan dalam hidup manusia, ini dibuktikan sendiri dengan penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T dari kota Makkah ke Kota Madinah dengan perintah Allah S.W.T untuk membawa ajaran yang mulia lagi benar iaitu agama Islam.Oleh itu, pentinglah bagi kita insan untuk melakukan perantauan dalam hidup ini untuk mengubah hidup kearah kebaikan..

Saturday, 7 January 2012

KEHIDUPAN IBARAT PERANTAUAN






Hidup sentiasa mengalami revolusi kerana dari setitis air mani, kita menjadi segumpal darah dan secebis tulang lantas ditiupkan roh. Itu baru di alam rahim dan apabila keluar ke dunia ini revolusi masih berlaku dalam diri setiap insan bergelar manusia, dari bayi kita membesar menjadi kanak-kanak, lalu dewasa serta diikuti alam persekolahan dan alam remaja. selepas itu kita masuk pula alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan usia tua dan peringkat terakhir dalam hidup ini ialah kematian. kematian bukan bererti berakhir perubahan terhadap manusia.
Selepas mati kita akan dihisap atas apa yang kita perbuat atas dunia ini. Begitulah perubahan yang berlaku dalam hidup ini. Bagi saya konsep tersebut boleh diibaratkan perantauan manusia.

        Islam juga amat menggalakkan umatnya melakukan penghijrahan dalam hidup sebagaimana junjungan mulia Nabi Muhammad S.W.T yang melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah kerana mendapat wahyu dari Allah bagi menegakkan agama yang benar lagi mulia dan benar iaitu agama islam.
Apa yang ignin saya sampaikan di sini adalah perantauan merupakan salah satu dari konsep penghijrahan dan islam amat menggalakkan umatnya melakukan perantauan dalam hidup bagi melakukan perubahan hidup kearah kebaikan