mcmccmmcmccmcmmmmmm
n cmcmcmcmcmcmcmmcmcmcmcmcm
Perantau Sepi
Thursday, 9 August 2012
Thursday, 1 March 2012
CINTA DI ALAM REMAJA
Remaja
merupakan alam yang paling indah dipenuhi dengan warna-warna keserian, di usia
ini merupakan kemuncak kedewasaan, ramai insan yang tewas tika waktu ini, indah
alam tidak terkata . aku juga seorang remaja kenal dan rasa apa itu perasaan
remaja hanya tahu ingin memberontak tanpa usul periksa dan sikap yang penuh
agresif tapi jika tidak dikawal ia boleh membawa musibah, di alam ini tentu
remaja ini menyayangi dan disayangi atau dikenali cinta.
Cinta
adalah sesuatu yang indah tidak dinafikan jika ramai yang terkorban kerana
cinta, rosak imannya dinodai cinta. Apa yang ingin aku perkatakan adalah pabila
cinta yang diungkapkan tidak diterima oleh seseorang pasti tercalar seribu
calar di hati seseorang itu, itu pasti akan berlaku dalam hidup seorang insan
bergelar manusia. Dalam hidup ini kita tidak selalu dapat apa yang diinginkan
jangan sesal takdir diri sebaliknya selami lah diri tengok apa yang kurang
dalam diri kita dan cuba perbetulkan apa yang kurang, jika tidak dapat dibetulkan cubalah terima
ianya seadanya,
Cinta
sememangnya indah, memang itu adalah sebetulnya dan ia tidak dinafikan lagi. Naluri
manusia tidak lepas dari ingin menyayangi. Tapi seperti yang dinyatakan di atas
amat pedih perasaan bila cinta yang dilafazkan tidak ditolak malahan juga tidak
diterima. Ini umpama bagai gantung tidak bertali kerana tidak ada sebarang kata
putus, ini bagi aku lebih menyakitkan dari cinta yang ditolak kerana bila cinta
itu ditolak kita tidak ada sebarang harapan langsung pada nya, tapi jika
digantung sebegitu kita mungkin ada secebis harapan untuk dia menerimanya.
Tapi
sebagai seorang hamba di atas muka bumi ini kita harus tabah menghadapi semua
itu kerana kita diberi dugaan semata-mata ingin menguji ketabahan hati dan iman
yang teguh. Tapi seandainya dugaan sebegini sudah membuat kita goyah dapatkah
kita menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah????
Friday, 27 January 2012
Panduan Membeli Belah Secara Online
Ramai antara kita sekarang lebih suka membeli Online kerana ia lebih mudah dan cepat dan tidak membuat masa untuk ke kedai. Tapi tahukah kita resiko kita akan ditipu, Ini ada beberapa petua untuk mengelakkan kita dari ditipu semasa membeli secara Online:
Itulah sedikit sebanyak tip-tip berguna untuk dijadikan rujukan semua, hati-hati jangan sampai terhantuk baru tergadah.
- Pastikan komputer anda mempunyai perisian antivirus yang baik serta perlindungan antispyware serta firewall kerana ia akan dapat mengesan laman web yang benar atau tipu
- Sentiasa menaip URL secara manual dan beli melalui pembekal ynag mempunyai reputasi yang baik, jika rasa was-was baik jangan beli.
- Cari https di URL dan bukan http:/ apabila log masuk dan berhati-hati apabila muncul amaran ketika membuat pembelian.
- Baca syarat-syarat dahulu sebelum klik ok untuk membeli. pastikan icon mangga dikunci muncul.
- Klik icon mangga di sudut bawah pekayar web terlebih dahulu dah sahkan sijil maklumat kerana laman web yang sah pasti mempunyai sijil yang sah.
Itulah sedikit sebanyak tip-tip berguna untuk dijadikan rujukan semua, hati-hati jangan sampai terhantuk baru tergadah.
Thursday, 12 January 2012
HIDUP IBARAT PERANTAU
Hidup sentiasa mengalami perubahan revolusi, bermula dari kita kanak-kanak hingga dewasa, alam perkerjaan, perkahwinan, meningkat usia tua, dan berakhirnya penghidupan bagi seorang manusia iaitu kematian. Bagi saya itulah salah satu dari istilah perantauan, kerana ada sahaja perubahan berlaku dalam hidup kita. Perantuan juga penting bagi meningkatkan perubahan dalam hidup manusia, ini dibuktikan sendiri dengan penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T dari kota Makkah ke Kota Madinah dengan perintah Allah S.W.T untuk membawa ajaran yang mulia lagi benar iaitu agama Islam.Oleh itu, pentinglah bagi kita insan untuk melakukan perantauan dalam hidup ini untuk mengubah hidup kearah kebaikan..
Saturday, 7 January 2012
KEHIDUPAN IBARAT PERANTAUAN
Hidup sentiasa mengalami revolusi kerana dari setitis air mani, kita menjadi segumpal darah dan secebis tulang lantas ditiupkan roh. Itu baru di alam rahim dan apabila keluar ke dunia ini revolusi masih berlaku dalam diri setiap insan bergelar manusia, dari bayi kita membesar menjadi kanak-kanak, lalu dewasa serta diikuti alam persekolahan dan alam remaja. selepas itu kita masuk pula alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan usia tua dan peringkat terakhir dalam hidup ini ialah kematian. kematian bukan bererti berakhir perubahan terhadap manusia.
Selepas mati kita akan dihisap atas apa yang kita perbuat atas dunia ini. Begitulah perubahan yang berlaku dalam hidup ini. Bagi saya konsep tersebut boleh diibaratkan perantauan manusia.
Islam juga amat menggalakkan umatnya melakukan penghijrahan dalam hidup sebagaimana junjungan mulia Nabi Muhammad S.W.T yang melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah kerana mendapat wahyu dari Allah bagi menegakkan agama yang benar lagi mulia dan benar iaitu agama islam.
Apa yang ignin saya sampaikan di sini adalah perantauan merupakan salah satu dari konsep penghijrahan dan islam amat menggalakkan umatnya melakukan perantauan dalam hidup bagi melakukan perubahan hidup kearah kebaikan
Subscribe to:
Comments (Atom)





